The estimated reading time for this post is 155 seconds

Kaedah tunai masih lagi menjadi pilihan utama buat para peniaga untuk menerima bayaran daripada pelanggan, tetapi kini sudah ada pelbagai cara lain untuk membuat pembayaran.

Mari kita kupas serba sedikit cara-cara lain untuk menerima bayaran daripada pelanggan selain tunai.

  1. Cek

Pemilik syarikat atau individu yang mempunyai akaun semasa biasanya menggunakan cek untuk membuat proses pembayaran. Tarikh yang ditulis diatas cek hendaklah diperiksa terlebih dahulu kerana anda akan mengalami gangguan aliran tunai jika tarikh yang tertera diatas cek adalah tarikh masa depan. Cek hanya boleh ditunaikan mengikut tarikh yang tertera pada cek tersebut.                                                                 

  • Deposit Tunai di CDM

Selain daripada itu, deposit tunai (CDM) juga menjadi pilihan pelanggan untuk membuat pembayaran kerana ada sesetengah daripada meraka tidak mempunyai online banking.

  • Online Transfer

Online transfer juga merupakan kaedah yang digunakan oleh kebanyakan pelanggan pada masa kini. Pelanggan perlu melalui proses log masuk menggunakan browser atau apps untuk membuat transaksi pembayaran. Selepas itu, pelanggan akan kongsikan bukti pembayaran kepada peniaga secara manual.

  • Kad Debit/Kredit

Pada masa kini Kad Kredit/debit juga menjadi salah satu cara pembayaran yang semakin popular di kalangan pelanggan. Selain daripada proses pembayaran menjadi lebih pantas, pelanggan juga akan mendapat manfaat seperti mata ganjaran, diskaun dan pulangan tunai (cashback). Anda hanya perlu swipe atau masukkan nombor PIN kad anda dan selesai! Lebih canggih, hanya “wave” sahaja.

  • QR Pay

Melalui QRPay, pembeli boleh membuat pembayaran melalui telefon hanya dengan mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual. Pelanggan hanya perlu ada sambungan internet dan fungsi kamera atau applikasi QR code scanner.

  • E-Wallet

E-Wallet atau e-Dompet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana. Pelanggan juga hanya perlu membuka aplikasi dalam telefon mudah alih mereka untuk membuat pembayaran. Semua kini mudah hanya di hujung jari anda!

  • Payment Gateway

Akhir sekali, gerbang pembayaran atau payment gateway kini semakin mendapat tempat bukan sahaja dikalangan peniaga online yang mempunyai website (E-Commerce) malah peniaga yang mempunyai kedai sendiri.

Payment gateway seperti edxaPay memberi pelbagai cara untuk pelanggan membayar dengan mudah sama ada melalui kad debit/kredit, perbankan internet, pembayaran tunai dan juga e-wallet. EdxaPay juga memboleh kan peniaga mengutip bayaran daripada pelanggan melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain.

Begitulah serba sedikit ringkasan tentang cara terima bayaran selain daripada duit tunai.

Dengan cara terima pembayaran selain tunai juga dapat membantu peniaga untuk kelangsungan bisnes mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit peluang yang luas kepada peniaga untuk keluar dari zon selesa.